Apabila YB sudah mula sibuk tunjuk muka

Sejak Parlimen dibubarkan pada minggu lalu, nampaknya Yang Berhormat atau YB sudah mula sibuk menyusun langkah. Foto hiasan
Sejak Parlimen dibubarkan pada minggu lalu, nampaknya Yang Berhormat atau YB sudah mula sibuk menyusun langkah. Foto hiasan
A
A
A

MERAK Jalanan tak terkejut apabila seorang sahabat beritahu, ada wakil rakyat di kawasannya sudah mula sibuk tunjuk muka dengan penduduk. Itu pandangan biasa setiap kali nak dekat musim mengundi.

Sejak Parlimen dibubarkan pada minggu lalu, nampaknya Yang Berhormat atau YB sudah mula sibuk menyusun langkah.

Ada yang jarang-jarang nampak muka selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kini sudah munculkan diri, ibarat sudah kembali keluar dari gua.

Masa ini, jangan pula terkejut kalau ternampak wakil rakyat sanggup kutip sampah, potong rumput atau cuci longkang. Aksinya itu pasti akan dimuat naik dalam media sosial.

Tidak kurang juga ada yang menjadi hero memperjuangkan sesuatu isu.

Jika selama ini lebih banyak politiking dan berdiam diri dengan isu melibatkan rakyat, sekarang nampak semakin agresif bersuara memperjuangkan rakyat.

Jangan juga terkejut jika ada wakil rakyat ketuk pintu rumah, tak kira pagi, petang, siang atau malam.

Asal saja dapat berjumpa pengundi, waima dapat bersalam dan bertanya khabar, itu sudah cukup baik bagi mereka.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan tidak tujukan kepada siapa-siapa, cuma siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya. Nasihat Merak Jalanan, tak perlulah berlakon untuk meriah simpati pengundi.

Rakyat Malaysia sudah bijak menilai mana satu pemimpin yang buat kerja atau sekadar lakonan.

Janganlah bila nak pancing undi, sanggup buat apa sahaja, tetapi bila sudah dapat jawatan dan duduk di kerusi empuk dalam pejabat, mulalah lupa daratan.

Merak Jalanan bagaimanapun akui, ada juga wakil rakyat yang bagus dan kerap turun padang menyelesaikan masalah penduduk.

Wakil rakyat seperti inilah yang sepatutnya diangkat semula sebagai calon pada PRU15 nanti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!