Premis judi kena gempur

Sebuah premis judi online yang digempur D7 KL dalam Ops Dadu di Jalan Petaling, semalam.
Sebuah premis judi online yang digempur D7 KL dalam Ops Dadu di Jalan Petaling, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keseronokan beberapa individu bermain judi online di sebuah premis terletak di Jalan Petaling di sini dikejutkan dengan kehadiran pihak polis.

Kegiatan itu dibongkar Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi Ops Dadu semalam.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, operasi kira-kira jam 10.30 malam berjaya menahan seramai 20 individu termasuk tiga wanita berusia lingkungan 28 hingga 59 tahun.

"Turut dirampas adalah komputer riba, tablet, modem WiFi dan wang tunai," katanya kepada Sinar Harian.

No Image Caption

Rohazah berkata, soal siasat juga mengesahkan premis ini beroperasi secara sembunyi sejak 14 hari lalu selepas ditutup susulan operasi besar-besaran pihak polis sebelum ini.

Premis yang diserbu kali kedua ini juga menyediakan komputer riba dan tablet kepada pelanggan untuk memudahkan permainan perjudian.

Katanya, polis juga percaya kegiatan ini didalangi oleh sebuah kumpulan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mengelakkan kegiatan premis ini mudah dikesan pihak berkuasa, ia dilengkapi pintu besi bagi menyukarkan dikesan serta diserbu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!