Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Didakwa keluar kenyataan merapu, Asyraf Wajdi tunjuk bukti

18 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 18 OKTOBER 2022

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil mempertahankan kenyataan dikeluarkan mengenai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tertutup antara pemimpin tertinggi partinya dan Pas baru-baru ini.

Ia membabitkan penawaran 47 kerusi boleh dimenangi Pas oleh Bersatu sekiranya parti itu menyertai Perikatan Nasional dalam PRU15

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan isu 47 kerusi itu disentuh dalam pertemuan tertutup yang dihadiri bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Artikel: https://bit.ly/3D5f74S

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15