Peluang Sane ke Piala Dunia cetus tanda tanya

Sane mengalami kecederaan otot paha yang dijangka mengambil masa tiga minggu untuk pulih. -Foto Agensi.
Sane mengalami kecederaan otot paha yang dijangka mengambil masa tiga minggu untuk pulih. -Foto Agensi.
A
A
A

PELUANG pemain sensasi, Leroy Sane untuk menyertai Jerman beraksi pada Piala Dunia di Qatar bulan depan mencetuskan tanda tanya.

Ia berikutan pemain lincah Bayern Munich itu mengalami kecederaan otot paha ketika menang 5-0 ke atas Freiburg, Ahad lalu, umum kelab itu.

Situasi itu menimbulkan kesangsian dalam kem Jerman mengenai peluang Sane untuk sembuh dan menjalani proses pemulihan.

Bayern berkata, otot belakang paha kirinya koyak dan tidak memberi jangkaan bila dia akan kembali beraksi.

Bagaimanapun, media Jerman menjangkakan Sane akan tersisih untuk tempoh tiga minggu.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan prestasi terbaik bersama gergasi Jerman tersebut apabila meledak 10 gol dalam semua kejohanan musim ini.

Sane turut menjaringkan satu gol dan membuat satu bantuan jaringan ketika menewaskan Freiburg.

Menjelang Piala Dunia bulan depan, Jerman bagaimanapun belum mengumumkan barisan pemainnya.

Artikel Berkaitan:

Mereka diundi dalam Kumpulan E bersama Sepanyol, Costa Rica dan Jepun di Piala Dunia Qatar dari 20 November hingga 18 Disember.

Mereka akan memulakan kempen menentang Jepun pada 23 November.

Bayern akan berkunjung ke Augsburg untuk perlawanan Piala Jerman pada Rabu sebelum menentang Hoffenheim pada aksi Bundesliga pada Sabtu.

Minggu depan mereka akan menentang Barcelona pada kempen Liga Juara-Juara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!