Tiga cedera, nahas babitkan tiga kenderaan

Keadaan lori dan treler yang remuk akibat kemalangan tersebut di KM42.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Isnin. -Foto ihsan PDRM
Keadaan lori dan treler yang remuk akibat kemalangan tersebut di KM42.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Isnin. -Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - Tiga lelaki cedera selepas terbabit dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di kilometer (KM) 42.9 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam, kemalangan melibatkan lori, treler dan kereta.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun dari arah Ipoh ke Kuantan.

"Apabila tiba di tempat kejadian ketika menuruni bukit, tiba-tiba brek gagal berfungsi dan terlanggar belakang treler lalu bergesel dengan sebuah kereta yang berada di hadapan.

"Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori bersama kelindan serta pemandu treler berusia 42 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar Zaiham, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita juga memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!