Speaker DUN bakal bertanding di Parlimen Jelebu

Zulkefly
Zulkefly
A
A
A

SEREMBAN - Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar dari Parti Amanah Negara (Amanah) kemungkinan akan bertanding Parlimen Jelebu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan, Norwani Ahmat pula kemungkinan bertanding di Parlimen Jempol manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil di Parlimen Tampin.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman mengesahkan nama mereka telah dicadangkan sebagai calon dalam Mesyuarat Amanah Nasional pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, perkara itu hanya akan diumumkan pada majlis pengumuman rasmi yang akan diadakan beberapa hari sebelum penamaan calon.

"Ia hanya cadangan dalam Mesyuarat Amanah Nasional semalam (Isnin) dan kemungkinan jika ada cadangan lain atau pandangan lain, kita akan buat pertimbangan semula.

"Kita pun belum ada majlis pengumuman rasmi mengenainya dan saya tak berani nak kata sama ada ia sudah muktamad atau tidak kerana pilihan raya ini bersifat dinamik, boleh berubah jika ada maklum balas lain" katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!