BBC rai ulang tahun ke-100

Laporan tahunan stesen TV itu pada 2021-2022 menunjukkan ia berjaya meraih 492 juta tontonan di seluruh dunia pada setiap minggu. - Foto Agensi
Laporan tahunan stesen TV itu pada 2021-2022 menunjukkan ia berjaya meraih 492 juta tontonan di seluruh dunia pada setiap minggu. - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Gergasi media global, British Broadcasting Corporation (BBC) meraikan ulang tahun ke-100 pada Selasa di tengah-tengah ketidakpastian tentang nasib firma penyiaran itu pada masa hadapan susulan pemotongan bajet secara drastik dan perubahan tabiat penonton yang didorong oleh revolusi digital.

Sejak seabad lalu, BBC yang berpusat di Britain telah melakar sejarah menjadi salah satu jenama global yang disegani memegang peranan besar sebagai alat penyampai maklumat, pendidikan dan hiburan.

Laporan tahunan stesen TV itu pada 2021-2022 menunjukkan ia berjaya meraih 492 juta tontonan di seluruh dunia pada setiap minggu selain BBC World Service disiarkan dalam 41 bahasa kepada kira-kira 364 juta penonton global pada setiap minggu.

"Kami telah menyiarkan pelbagai bentuk program dan menjadi sumber berita yang dipercayai di seluruh dunia," kata Ketua Pengarah BBC, Tim Davie yang turut merujuk kepada pelbagai program dan pengisian yang mengupas pelbagai topik menarik termasuk agenda politik dan siri terkenal yang dieksport ke seluruh dunia seperti Peaky Blinders.

Persoalan kini timbul tentang sejauh mana BBC mampu bertahan selepas kerajaan pada Januari lalu mengumumkan ia akan membekukan model pembiayaan yuran lesen mereka selama dua tahun, sekali gus meningkatkan kebimbangan ia mungkin akan dibatalkan pada masa akan datang. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!