Polis terima laporan dakwaan isu perkauman kenyataan Tommy

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan polis mengenai kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kenyataan terbabit merupakan ucapan Tommy semasa 'Forum Dark Forces Towards GE15' yang telah diadakan pada 17 September lalu.

"Forum terbabit merupakan anjuran Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Noorsiah berkata, Tommy dan salah seorang ahli panel forum terbabit iaitu Dr Michael Jeyakumar Devaraj yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan dipanggil untuk rakaman percakapan dalam masa terdekat.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Jeyakumar sudah menerima notis daripada PDRM bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!