Zii Jia laung amaran awal di Denmark

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melaungkan amaran awal di Terbuka Denmark 2022 apabila menewaskan bintang Belanda, Mark Caljouw dalam perlawanan pusingan pertama pada Rabu.

Pada perlawanan di Jyske Bank Arena itu, Zii Jia pemain nombor tiga dunia yang juga pilihan keempat kejuaraan tidak berdepan masalah menewaskan Caljouw berstatus 25 dunia straight set, 21-15, 21-10 dalam masa 36 minit.

Zii Jia dipacu jurulatih dari Indonesia Indra Wijaya, menetapkan sasaran untuk berada dalam kelompok dua teratas dunia menjelang hujung tahun ini tampil ke Odense dengan misi menghasilkan keputusan positif sebelum mengalih tumpuan ke Terbuka Perancis 25 hingga 30 Oktober.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Wei turut mengesahkan kemaraan selepas menewaskan pasangan dari China, Liang Wei Kang-Wang Chang.

Yew Sin-Ee Wei yang juga pilihan kelapan kejohanan mengatasi cabaran Wei Kang-Wang Chang 21-18 22-20 dalam masa 36 minit.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pasangan beregu lelaki, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong apabila tewas dalam masa 53 minit kepada pasangan Korea Selatan, Choi Sol-gyu-Kim Won-Ho, 13-21, 21-19, 13-21.

Turut sama mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Denmark selepas bertarung 38 minit adalah Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang dijinakkan straight set Lee Yang-Lu Chen, 18-21, 14-21.

Sebelum itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See akur kematangan permainan pasangan dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping apabila tewas straight set 16-21, 17-17 dalam masa 42 minit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!