Palace bangkit tewaskan Wolves

Zaha meraikan jaringannya ketika bantu Palce tewaskan Wolves di laman sendiri, awal pagi Khamis.
Zaha meraikan jaringannya ketika bantu Palce tewaskan Wolves di laman sendiri, awal pagi Khamis.
A
A
A

PENGENDALI Crystal Palace, Patrick Viera memuji kebangkitan dipamerkan anak buahnya ketika menang 2-1 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Khamis.

Menurut Viera, meskipun dia kecewa dengan aksi ditampilkan pasukannya pada separuh masa pertama, namun pemain berjaya bangkit dengan sikap dan aksi yang lebih baik untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Saya kecewa pada separuh masa kerana ketinggalan 1-0 dan kami agak statik.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua kami kembali dengan sikap dan keazaman yang baik serta bermain dengan tempo lebih tinggi, sekali gus berjaya menjaringkan gol bagi membina keyakinan pemain untuk menang.

“Kami mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol dan penting untuk membina prestasi ini. Cabaran terbesar adalah untuk terus konsisten dan bekerjasama dengan pemain," katanya.

Pada aksi berlangsung di Selhurst Park, Wolves terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Adama Traore yang menanduk masuk hantaran lintang Hugo Bueno untuk gol kelima Wolves selepas 11 aksi liga musim ini.

Bagaimanapun, Palace bangkit daripada ketinggalan apabila Eberechi Eze berjaya menyamakan kedudukan selepas berjaya menyempurnakan hantaran lintang, Michael Olise.

Zaha melengkapkan kebangkitan Palace selepas mengutip hantaran Odsonne Edouard dan menewaskan Jose Sa ketika permainan berbaki 20 minit.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu melonjak skuad kendalian Patrick Vieira ke tangga ke-10 liga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!