Pekerja kilang didakwa lakukan kelucahan melalui panggilan video

Tertuduh dihadapkan di Mahkamah Majistret Marang pada Rabu atas dakwaan melakukan kelucahan terhadap seorang wanita dalam kejadian pada tahun lalu.
Tertuduh dihadapkan di Mahkamah Majistret Marang pada Rabu atas dakwaan melakukan kelucahan terhadap seorang wanita dalam kejadian pada tahun lalu.
A
A
A

MARANG - Seorang pekerja kilang didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku salah melakukan kelucahan terhadap seorang wanita dalam kejadian pada tahun lalu.

Tertuduh berusia 26 tahun itu membuat pengakuan itu sejurus pendakwaan ke atasnya dibacakan dihadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan dalam daerah Marang kira-kira jam 8.53 pagi pada 14 September 2021.

Tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan dengan menunjukkan kemaluannya melalui panggilan video dalam aplikasi WhatsApp terhadap mangsa wanita berusia 32 tahun.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 dan enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabiatul Adawiyah Nik Soupy manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!