Lebih 9,000 siswa Pulau Pinang dapat peranti pintar

A
A
A

No Image Caption



BALIK PULAU - Seramai 50,667 permohonan kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia pelajar IPT di Zon Utara telah diluluskan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, berkata jumlah tersebut mewakili 54 peratus daripada 87,222 permohonan pelajar dari Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS di negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis yang diterima sehingga 18 Oktober 2022.

“Daripada jumlah ini, 9,001 permohonan pelajar IPT di Pulau Pinang telah diluluskan manakala selebihnya 17,967 dari Perak, 14,913 dari Kedah dan 8,786 dari Perlis.

No Image Caption

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyerahan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada 50 orang pelajar dari USM, UniMAP, UPSI, UiTM Cawangan Arau, UiTM Cawangan Merbok, UiTM Cawangan Permatang Pauh, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Seberang Perai dan Kolej Cosmopoint Cawangan Pulau Pinang di Politeknik Balik Pulau, hari ini.

Pada majlis itu, Dr Noraini turut menyempurnakan majlis Pelancaran Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Penyampaian Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 bertujuan untuk membantu pelajar asnaf dari aspek pendidikan serta galakan awal memulakan penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak dan membentuk kesedaran penabungan sebagai jaminan masa depan.

“Program ini melibatkan sumbangan zakat PTPTN kepada 17,800 orang pelajar asnaf di 178 kawasan terpilih di 12 buah negeri.

“Sumbangan diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.78 juta.

No Image Caption

Beliau berkata, Program Kembara Keluarga Simpan SSPN Tahun 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang melibatkan 13 kawasan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM130,000.00 dengan penglibatan seramai 1,300 pelajar.

“Setiap kawasan diperuntukkan RM10,000.00 dan seramai 100 orang pelajar asnaf di setiap kawasan akan menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100.00 seorang,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!