Normah Damanhuri mohon maaf
BEBERAPA hari lalu, tular sebuah klip video tarian keterlaluan di sebuah majlis perkahwinan anak seorang dramatis terkenal.
Susulan daripada itu, ibu pengantin lelaki yang juga pelakon Normah Damanhuri tampil memohon maaf menerusi sebuah video dimuat naik di laman Instagramnya, semalam.
“Assalamualaikum, saya Normah Damanhuri terlebih dahulu menyusun 10 jari ingin memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan tentang perkahwinan anakanda saya, Ahya dan pasangannya.
“Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan paperdoll itu sepatutnya merupakan tarian tradisional, miming, lawak jenaka dan gurau santai dengan tetamu seperti ala-ala Bollywood,” katanya.
Menurutnya lagi, dia juga tidak menyangka pakaian yang dipakai penari keterlaluan untuk majlis perkahwinan.
“Jadi sekali lagi saya bagi pihak seluruh keluarga ingin mohon maaf di atas apa yang telah berlaku dan akan berhati-hati selepas ini. Saya berjanji ia tidak akan berulang lagi. Maafkan saya,” ujarnya di akhir video.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak patut jamu mata dengan 'benda haram'
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!