62 mangsa banjir Langkawi masih berlindung di PPS

Anggota APM Langkawi menyantuni mangsa banjir di PPS Dewan Syifa, Padang Matsirat pada Rabu.
Anggota APM Langkawi menyantuni mangsa banjir di PPS Dewan Syifa, Padang Matsirat pada Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR – Seramai 62 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Langkawi masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Syifa,Padang Matsirat pada Rabu.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff memberitahu, jumlah mangsa meningkat sedikit bergandingan 61 orang kepada 62 orang setakat jam 4 petang.

“Peningkatan itu susulan pertambahan 12 mangsa kira-kira jam 8 pagi pada hari keempat manakala seorang mangsa terbaharu mula berlindung di sini pada jam 12 tengah hari.

“Ketika ini, kesemua 62 mangsa daripada 17 keluarga melibatkan 28 lelaki dewasa, 22 wanita, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan berlindung di PPS Dewan Syifa yang dibuka sejak Ahad lepas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kawasan terjejas termasuklah Kampung Teluk Yu, Kampung Sungai Itau, Kampung Kilim, Kampung Tua, Tanjung Rhu, Kampung Pasir Hitam, Kampung Telaga Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah dan Kampung Padang Gong.

“Selain itu, Tadika Kemas Pasir Hitam, Jalan Kelubi, Sekolah Kebangsaan (SK) Tuba, Jalan Penarak, SK Seri Lagenda, Simpang Tiga Nyior Cabang, hadapan Padang Matsirat dan Jalan Kedawang,” ujarnya.

Sebahagian daripada mangsa banjir berlindung di PPS Dewan Syifa, Padang Matsirat pada Rabu.
Sebahagian daripada mangsa banjir berlindung di PPS Dewan Syifa, Padang Matsirat pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Mohd Muaz berkata, Sungai Melaka di Padang Matsirat, Langkawi telah melepasi paras bahaya berdasarkan info Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, paras air telah mencecah 4.11 meter (m) melepasi tahap bahaya 3.4 m dengan trend menaik dikesan pada jam 6 pagi.

“Sungai Melaka di Bukit Kemboja, Langkawi dan Sungai Pendang di Pekan Pendang, Pendang pula telah melebihi paras amaran.

"Dua lagi sungai di Kedah iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar dan Sungai Kedah di Jalan Lebuhraya, Kota Setar telah melebihi paras waspada," jels beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!