PRU15: Malawakil sedia bantuk pengundi di luar negara

Saifuddin - Foto Bernama
Saifuddin - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Kesemua Perwakilan Malaysia (Malawakil) bersedia membantu pengundi yang berada di luar negara melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Lua,r Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, secara lazimnya, pihak kedutaan dan konsulat bertanggungjawab membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyelaraskan pengundi yang berada di luar negara.

Beliau berkata, Malawakil juga akan melakukan persediaan termasuk menguruskan pertambahan pengundi di luar negara susulan pelaksanaan UNDI18 dan pendaftaran pengundi secara automatik.

"Apa sahaja arahan dan ketetapan yang dibuat SPR akan kita laksanakan dengan sebaik-baiknya," katanya kepada media selepas menyambut kepulangan seorang rakyat Malaysia yang mengalami strok semasa berada di Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 susulan pembubaran Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!