Nunez julang Liverpool

Nunez menyumbat gol tunggal ketika membantu Liverpool menewaskan West Ham 1-0 dalam aksi EPL pada Khamis. - Foto Agensi
Nunez menyumbat gol tunggal ketika membantu Liverpool menewaskan West Ham 1-0 dalam aksi EPL pada Khamis. - Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memuji pemain sensasi, Darwin Nunez yang kian berbisa di depan gawang selepas meledak gol tunggal ketika membantu The Reds membenam West Ham 1-0 pada Khamis.

Klopp menyifatkan Nunez sebagai pemain muda yang berbakat besar dan The Reds bangga dengan prestasinya.

"Kami menjaringkan gol yang menarik dan Darwin (Nunez) berpeluang melengkapkan hatrik. Dia amat luar biasa.

"Dia berbakat besar dan baru berusia 22 tahun. Kami berasa teruja," ujar Klopp.

Skuad kendalian Klopp meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam semua perlawanan hasil jaringan Nunez.

Ia adalah gol ketiga Nunez dalam empat penampilan terakhirnya selepas bekas pemain Benfica itu mula menemui rentak sejak perpindahan ke Anfield pada musim panas lalu.

Pemain 23 tahun itu memulakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kontroversi apabila dibuang padang dalam aksi di Anfield ketika menentang Crystal Palace pada Ogos.

Tanpa kelibat Diogo Jota dan Luis Diaz tidak dapat beraksi akibat kecederaan, gol kelima Nunez musim ini melegakan Klopp.

Artikel Berkaitan:

Nunez membuka tirai jaringan pada minit ke-22 selepas menanduk masuk hantaran lintang Kostas Tsimikas.

Dua minit kemudian, dia hampir menggandakan jaringan tetapi percubaannya dinafikan Lukasz Fabianski.

Nunez sekali lagi berpeluang menambah gol, namun rembatannya terkena tiang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!