Brentford sekat hajat Chelsea

Potter. - Foto Agensi
Potter. - Foto Agensi
A
A
A

TANPA pemain sensasi, Pierre-Emerick Aubameyang, Chelsea sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Bagaimanapun jurulatihnya, Graham Potter mempertahankan keputusan untuk merehatkan Aubameyang dan mempunyai alasannya tersendiri.

"Dia sudah kerap bermain dan ia memberikan Kai Havertz peluang untuk beraksi. Bagi saya satu mata adalah keputusan yang adil," ujar Potter.

Walaupun deretan lima kemenangan Chelsea dalam semua pertandingan berakhir di Brentford, Potter sekurang-kurangnya belum tewas dalam tujuh perlawanan.

The Blues yang kini menduduki tangga keempat liga juga belum dibolosi daripada lima perlawanan terakhir mereka.

Potter melakukan lima pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Aston Villa 2-0, dengan Aubameyang bermula di bangku simpanan walaupun dia meledak tiga gol dalam lima penampilan terakhirnya.

Bekas penyerang Barcelona itu akhirnya dimasukkan ketika perlawanan berbaki sembilan minit, namun tidak cukup buatnya untuk membawa perubahan buat pasukan.

"Mereka mempunyai peluang dan kami juga mempunyai peluang. Kami terus mengasak hingga akhir permainan tetapi mereka terus bertahan.

Artikel Berkaitan:

"Keputusan yang baik. Kami kekal tidak dibolosi dan mendapat mata. Empat mata daripada dua perlawanan di tempat lawan adalah sesuatu yang positif," ujarPotter.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!