Peluang Marhan sertai Malaysian Tigers cetus tanda tanya

Marhan (kiri) mengalami kecederaan patah jari kaki ketika menentang Perancis dalam siri perlawanan persahabatan Jelajah Belgium awal bulan lalu. - Foto FB MHC
Marhan (kiri) mengalami kecederaan patah jari kaki ketika menentang Perancis dalam siri perlawanan persahabatan Jelajah Belgium awal bulan lalu. - Foto FB MHC
A
A
A

PELUANG kapten skuad hoki kebangsaan, Marhan Mohd Jalil untuk menyertai Malaysian Tigers dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah bulan depan kabur.

Ia berikutan pemain berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan patah jari kaki ketika menentang Perancis dalam siri perlawanan persahabatan Jelajah Belgium awal bulan lalu.

Khabar kurang enak itu disahkan pengurus skuad hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi.

Bagaimanapun pihak pengurusan serta barisan kejurulatihan The Speedy Tigers akan meneliti terlebih dahulu laporan kesihatan Marhan daripada Institut Sukan Negara (ISN) sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

Sekiranya Marhan terpaksa digugurkan, Mirnawan optimis barisan pemain sedia ada mampu menampung kekurangan tersebut.

Marhan pernah mengalami kecederaan patah jari kaki pada Mac 2018 dan terpaksa melupakan kempen Sukan Komanwel ketika itu.

"Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan ketua jurulatih (Arul Selvaraj) akan membuat penilaian terlebih dahulu.

"Ketika ini, statusnya untuk kekal dalam skuad kebangsaan masih lagi belum ditentukan lagi," ujar Mirnawan. - Stadium Astro

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!