Sabah FC sambung kontrak Tae-su dua tahun lagi
KHIDMAT pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-su terus ditagih Sabah FC apabila tonggak tengah itu mengikat kontrak baharu selama selama dua tahun.
Perkara ini disahkan melalui satu hantaran di sosial media Sabah FC yang menyatakan bahawa pemain import itu akan kekal sehingga 2024.
Pemain tengah berusia 32 tahun ini menyertai Sabah pada 2019 merupakan antara individu penting yang menjulang Sabah Juara Liga Perdana sekali gus layak ke Liga Super sehingga kini.
Untuk rekod pada musim ini, Park Tae-su mempamerkan aksi yang cemerlang dan konsisten apabila berjaya menjaringkan lapan gol dan satu bantuan jaringan dalam 19 perlawanan bagi saingan Liga Super musim ini.
Lanjutan kontrak ini pastinya akan memberikan semangat tambahan buat Sabah FC yang kini sedang mempersiapkan pasukan untuk menghadapi kempen Piala Malaysia yang bakal bermula pada 25 Oktober 2022.
Sabah FC bakal bertemu UiTM FC di Shah Alam terlebih dahulu sebelum kembali ke Likas untuk aksi timbal balik dengan pemenang peringkat 16 terbaik ini akan bertemu sama ada Penang FC atau Kuching City FC di peringkat suku akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!