PRU15: Sanusi tak bertanding kerusi Parlimen

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan tidak akan bertanding kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, buat masa ini beliau tidak pernah berhasrat untuk menjadi wakil rakyat di peringkat Parlimen memandangkan baru sepenggal memikul amanah sebagai ketua kerajaan negeri.

Menurutnya, ia hanyalah khabar angin susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen.

"Saya tak bertanding. Saya boleh jawab terus sebab memang sah (tak bertanding)," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kedah Aerotropolis di Wisma Darul Aman di sini, pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negeri untuk terus kekal menerajui Kedah, Muhammad Sanusi tegaskan, tiada alasan spesifik berhubung perkara itu memandangkan tidak pernah berhasrat menjadi calon parlimen.

"Saya perlu beri sebab kah sekiranya tidak bertanding? Kalau saya mahu bertanding kerusi parlimen, barulah perlu ada alasan, kalau saya tak bertanding semua benda sama (tiada perubahan)," ujarnya.

Sebelum ini, ura-ura mengatakan Muhammad Sanusi juga akan turut bertanding di salah satu kerusi parlimen di Kedah memandangkan DUN Kedah tidak dibubarkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!