Liga Penalti Malaysia tawar wang tunai RM138,600

Robert (tiga dari kanan) dan Hamdan (empat dari kiri) menunjukkan replika cek RM50,000 untuk pemenang grand final LPM. - Foto MIU
Robert (tiga dari kanan) dan Hamdan (empat dari kiri) menunjukkan replika cek RM50,000 untuk pemenang grand final LPM. - Foto MIU
A
A
A

PEMINAT bola sepak seluruh negara berpeluang untuk menyertai Liga Penalti Malaysia (LPM) Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) yang menawarkan hadiah wang tunai RM138,600.

Ganjaran wang besar itu melibatkan pertandingan di 14 lokasi negeri dan grand final.

Dalam saingan grand final juara berpeluang membawa pulang ‘wang besar’ berjumlah RM50,000, tempat kedua RM10,000, manakala ketiga dan keempat menerima RM5,000 dan RM2,000.

Bagi peringkat negeri pula wang tunai yang ditawarkan buat juara ialah RM3,000, tempat kedua berpeluang meraih RM1,000, sementara tempat ketiga/keempat RM500 dan RM400.

Pengarah Pertandingan LPM yang juga Presiden Pasukan Bolasepak Manipal United FC, Mahathir Mohamad berkata, walaupun permainan itu mudah, tetapi jika dilihat dari sudut bola sepak, ia mampu membentuk jati diri pemain untuk berlatih bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat memenangi hadiah lumayan.

Saya sudah mengikuti perkembangan pertandingan ini sejak 2017 dengan penyertaan pasukan dari lepasan sekolah amat menggalakkan.

“Oleh itu MIU membuka peluang kepada remaja ini meneruskan bakat dalam bola sepak pada masa sama dapat memperoleh diploma atau ijazah dan berjaya dalam pelajaran

“Itulah sebab saya wujudkan pasukan bola sepak untuk MIU dalam program ‘belajar sambil bermain bola sepak’. Mereka akan dibimbing jurulatih bertauliah dan dapat menyertai liga-liga anjuran FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) seperti Piala Presiden, M5 dan banyak lagi,” katanya selepas majlis pelancaran kejohanan itu di Nilai pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pelancaran LPM disempurnakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Hamdan Othman.

Turut hadir Naib Canselor MIU, Profesor Dr Jason Robert Fitzsimmons.

Menurut Mahathir, MIU memberi komitmen yang amat tinggi bagi penyediaan pasukan bola sepak Manipal United FC dan bersedia untuk membina padang serta infrastruktur yang baik di dalam kawasan universiti tersebut.

LPM akan memulakan Peringkat 1 di Melaka pada 6 November dan akan menjelajah setiap minggu ke seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak.

Robert melakukan sepakan penalti pada majlis pelancaran LPM di Nilai pada Rabu. - Foto MIU
Robert melakukan sepakan penalti pada majlis pelancaran LPM di Nilai pada Rabu. - Foto MIU

Saingan terakhir iaitu Peringkat 14 dijadualkan berlangsung di Terengganu pada 5 Februari 2023.

Grand final yang mengumpul lapan pasukan terbaik setiap negeri akan diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2023.

MIU yang merupakan penganjur kejohanan memilih syarikat Bina Awan Sari Sdn Bhd sebagai konsultan yang mempunyai pasukan pengurus acara yang sinonim dengan penganjuran Liga Penalti sejak 2017 iaitu Liga Penalti Rakyat.

Format pertandingan adalah mudah dan diminati pelbagai golongan usia serta bangsa kerana ia menggunakan format penalti bola sepak.

Dimainkan secara liga iaitu empat pasukan bagi satu kumpulan.

Dua pasukan yang meraih mata tertinggi layak ke pusingan kalah singkir.

Dalam pada itu, sukan atau pertandingan bola sepak penalti kian rancak dimainkan di seluruh negara secara karnival bagi membantu pemimpin setempat mendekati rakyat.

Ia kerana permainan itu dapat mengumpul penyertaan pasukan yang banyak dan mudah dimainkan.

Syarikat korporat dan badan-badan kerajaan juga menjadikan aktiviti sukan bola sepak penalti itu sebagai acara utama sukan dalaman.

Maklumat lanjut dan pendaftaran untuk menyertai LPM boleh hubungi Sulaiman Ngah Dimin 018-9181950.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!