Sabah juara sulung X-Rugby B17
SABAH muncul juara sulung kejohanan X-Rugby Wanita Bawah 17 Tahun (B17) kebangsaan selepas mengetepikan Kulai 17-15 dalam perlawanan di Stadium Mini Shah Alam, pada Khamis.
Pengurus Besar Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP), Khairul Anuar Azmi berkata, kejohanan yang pertama kali dianjurkan itu adalah platform pemilihan pemain kebangsaan bagi Kejohanan Ragbi Asia B18 di Nepal, Disember ini.
"Ia juga bertujuan untuk memantapkan mutu pembangunan sukan ragbi wanita di Malaysia dalam usaha menjadikan ragbi sebagai sukan utama di negara," katanya menerusi kenyataan.
Sebanyak 240 peserta dan pegawai dari 16 pasukan seluruh negara menyertai kejohanan dianjurkan NRDP bersama Sekretariat Sukan Wanita, Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU).
Objektif utama penganjuran program ini adalah sebagai menjadi sebagai platform utama kepada pemain remaja wanita sebelum ke peringkat seterusnya.
Ia juga bertujuan untuk memantapkan mutu pembangunan sukan ragbi wanita negara dalam usaha menjadikan ragbi sebagai sukan utama di Malaysia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!