PSSI, FIFA dikritik selepas anjur perlawanan di Stadium GBK

Foto yang dimuat naik di akaun Twitter PSSI memaparkan Mochamad Iriawan bermain bola sepak dengan Infantino.
Foto yang dimuat naik di akaun Twitter PSSI memaparkan Mochamad Iriawan bermain bola sepak dengan Infantino.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Indonesia (PSSI) dan FIFA mencetuskan kontroversi dalam talian selepas mengadakan perlawanan bola sepak fun match di Stadium GBK Madya di Jakarta Pusat.

Foto yang dimuat naik di akaun Twitter PSSI pada Rabu memaparkan ketua PSSI Mochamad Iriawan bermain bola sepak dengan presiden FIFA Gianni Infantino.

Pengikut di Twitter membanjiri media sosial PSSI dengan hantaran komen: "FIFA dan PSSI seronok bermain bola sepak hanya 19 hari selepas tragedi Kanjuruhan."

"Bertepuk tangan dan ketawa selepas bencana Kanjuruhan yang mengorbankan 133 orang.

"Sangat menjijikkan ketika orang lain sedang berduka," menurut ciapan seorang lagi pengguna Twitter.

Tindakan itu turut mendapat kritikan daripada Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan Mahfud MD, yang mengingatkan PSSI tentang 'tanggungjawab moral'.

Laporan mengenai tragedi dikeluarkan minggu lalu dan disediakan oleh unit jawatankuasa diketuai Mahfud, mengesyorkan ketua PSSI dan semua ahli jawatankuasa eksekutif meletakkan jawatan atas dasar tanggungjawab.

Namun, secara teknikal kerajaan tidak boleh campur tangan mengenai isu persatuan itu.

Artikel Berkaitan:

Ketika perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya pada 1 Oktober lepas, pasukan tuan rumah Arema tewas buat pertama kali dalam tempoh 23 tahun, mencetuskan kemarahan penyokong.

Keadaan menjadi tegang, memaksa pihak keselamatan melepaskan gas pemedih mata, dan menyebabkan ribuan penyokong berlari keluar dari stadium menerusi beberapa pintu pagar hingga mengakibatkan rempuhan. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!