PH rasmi umum Anwar calon PM

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) secara rasmi mengumumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika mereka memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution sebelum disambut dengan teriakan dan sorakan gembira kira-kira 7,000 penyokong PH yang hadir.

Dalam ucapannya, Saifuddin berkata, perkara itu telah dipersetujui jawatankuasa Majlis Presiden PH melalui beberapa siri temu rapat sebelum ini. Jelasnya, pemilihan sebagai calon Perdana Menteri itu mengambil kira keyakinan terhadap ketokohan Anwar untuk menyelamatkan ekonomi negara.

Ekonomi negara yang merudum ketika ini mesti diselamatkan melalui sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu memperbaiki ekonomi negara.

"Kita bukan dalam konteks mengangkat satu tubuh untuk jadikan calon Perdana Menteri, tetapi hakikatnya kita mahu tokoh ini memikul amanah yang cukup besar dalam suasana sangat sukar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!