PH umum agihan kerusi selepas rundingan dengan Muda, PSM selesai

Anwar ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh pada Khamis.
Anwar ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan agihan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat setelah rundingan dengan rakan kerjasama mereka selesai.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara umumnya pembahagian kerusi dengan keempat-empat komponen parti itu telah selesai.

"Cuma kita tengah runding dengan electoral pact, Muda, PSM (Parti Sosialis Malaysia) dan lain-lain jadi kita tangguh pengumuman.

"Pembahagian kerusi PH di antara Amanah (Parti Amanah Negara), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP selesai," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai keputusan bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Anwar menjelaskan, perkara itu dibuat bagi membantu kawasan utara semenanjung.

"Saya rasa bertanggungjawab melonjak gerakan di utara termasuk di Perak dan di selatan Kedah untuk meneruskan pencapaian Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor," katanya.

Anwar ketika ucaptamanya pada konvensyen berkenaan mengumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Tambun pada PRU15.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!