'Bossku' datang DUN Rantau lagi

Program Bossku Bersama Rakyat di Kampung Kanchong di sini.
Program Bossku Bersama Rakyat di Kampung Kanchong di sini.
A
A
A

SEREMBAN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi turun ke Rantau bagi membantu kempen BN, malam ini.

Beliau hadir di program Bossku Bersama Rakyat di Kampung Kanchong di sini.

Ini merupakan kunjungan kali ketiga Najib selepas menghadiri program di Sendayan dan Bandar Ekar, minggu lalu.

Berdasarkan pemerhatian, kehadiran penyokong Najib kali ini lebih ramai berbanding dua program sebelum ini.

Malah, laungan 'Kami Mahu Bossku', 'Hidup Bossku' dan 'Malu Apa Bossku' bergema sejak awal program.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengemaskini status Facebooknya mengenai kehadirannya di Rantau.

"Saya rindu Rantau sangat. Ni saya datang Kg Kancong untuk bersama penduduk.

"Pengundi Rantau dah bersedia Sabtu ni?," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!