Anak Najib persoal tindakan sekat bapanya berkempen

Nooryana Najwa dan Najib.
Nooryana Najwa dan Najib.
A
A
A

SHAH ALAM- Tindakan menyekat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada mengeluarkan kenyataan dengan tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipersoal.

Menurut anaknya, Nooryana Najwa Najib, meskipun Najib sedang menjalani hukuman penjara, akan tetapi ia bukan satu permasalahan.

Ujarnya, perkara tersebut pernah diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2015 bagi berkempen untuk memenangkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Kenapa Anwar boleh Najib tak boleh? Adakah sebab namanya Najib,” soalnya dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Nooryana Najwa memuat naik keratan media mengenai isu tersebut di Instagram pada Jumaat.
Nooryana Najwa memuat naik keratan media mengenai isu tersebut di Instagram pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad berkata, selagi Najib masih menjalani hukuman penjara, beliau tidak dibenarkan keluar berkempen pada PRU15.

Menurut beliau, bukan sahaja berkempen bahkan permohonannya untuk menghadiri sidang Parlimen juga tidak diizinkan.

Jelasnya, Najib sama seperti banduan lain yang tertakluk kepada peraturan dan akta penjara serta tidak pernah menerima layanan istimewa berbanding yang lain.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, hantaran Nooryana itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.

“Najib ada fakta, yang lain semuanya auta,” kata pemilik akaun Instagram bernama ronamin23.

“Itu membuktikan pengaruh Najib terlalu kuat, apa pun Insya-ALLAH, BN akan menang bergaya,” ujar pemilik akaun Instagram bernama 3746ku.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!