Percikan api punca premis terbakar

Keadaan kafe setelah api berjaya dipadamkan. - Foto Bomba Johor
Keadaan kafe setelah api berjaya dipadamkan. - Foto Bomba Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Percikan api yang terhasil daripada proses memotong besi disyaki menjadi punca kebakaran sebuah kafe di bangunan premis dua tingkat di Taman Tampoi Indah di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba 1, Suhaimi Abdul Jamal berkata, percikan api itu dipercayai telah mengenai kerusi atau lain-lain bahan yang mudah terbakar di premis berkenaan hingga menyebabkan berlakunya kebakaran.

“Yang terbakar ini sebenarnya kafe yang dah tutup. Jadi dua individu yang juga pemilik kafe ini datang untuk buat kerja-kerja kimpalan, memotong besi di situ untuk dibawa keluar.

“Mungkin ketika proses itu, percikan api (spark) telah terkena kerusi atau benda lain hingga menyebabkan kebakaran itu berlaku,” katanya.

Khamis lalu, sebuah premis dua tingkat di Taman Tampoi Indah yang dalam proses pembaikan musnah 60 peratus akibat terbakar.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah premis di Taman Tampoi Indah pada Khamis. - Foto Bomba Johor
Anggota bomba memadamkan kebakaran di sebuah premis di Taman Tampoi Indah pada Khamis. - Foto Bomba Johor

Enam jentera melibatkan dua jentera FRT, satu EMRS, satu lori tangki dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) serta satu jentera EMRS dari BBP Kempas bersama 29 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 12.44 tengah hari.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira sejam kemudian dan operasi ditamatkan pada 1.57 petang.

Artikel Berkaitan:

Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan dan sehingga kini jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!