Maritim Malaysia, ATM perkukuh keselamatan perairan negara

Sebahagian aksi latihan berkenaan pada Khamis. - Foto: Maritim Malaysia
Sebahagian aksi latihan berkenaan pada Khamis. - Foto: Maritim Malaysia
A
A
A

MERSING – Latihan kerjasama melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama pihak berkuasa seperti Angkatan Tentera Malaysia (ARM) dilihat bakal membantu memperkukuhkan keselamatan perairan negara.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, latihan kerjasama berkenaan juga akan dapat membantu usaha melawan keganasan maritim.

Menurutnya, Maritim Malaysia amat memandang serius terhadap segala jenayah dan keganasan maritim.

“Kita juga sentiasa berusaha bagi memastikan perairan maritim di negara ini selamat dan bebas daripada segala bentuk ancaman.

“Oleh itu, melalui latihan kerjasama seperti ini diharap dapat membantu bagi memperkukuhkan lagi keselamatan perairan negara,” katanya.

Sebahagian latihan yang dijalankan. - Foto: Maritim Malaysia
Sebahagian latihan yang dijalankan. - Foto: Maritim Malaysia

Untuk rekod, Khamis lalu, Maritim Malaysia, Zon Maritim Mersing dengan kerjasama Regimen 22 Komando (Skuadron Perahu Khas), Kem Iskandar, Mersing telah berjaya laksanakan satu latihan Operasi Melawan Keganasan Maritim sempena penganjuran Hari Pengajian Gerak Khas (HPGK), di sekitar perairan Pulau Tinggi, Mersing.

Senario latihan ini melibatkan sebuah kapal Maritim Malaysia Johor iaitu KM, Perkasa 31 dan 10 bot dari Grup Gerak Khas (GGK) dengan kekuatan pegawai dan anggota lebih kurang 40 anggota Maritim Malaysia dan 100 anggota Grup Gerak Khas (GGK), Regimen 22 Komando, Kem Iskandar Mersing.

Artikel Berkaitan:

Latihan yang bermula jam 8 pagi itu melibatkan KM Perwira telah dijadikan sebagai Staging Point Platform atau lokasi kejadian menyelamatkan tebusan bagi pasukan gempur Grup Gerak Khas Komando (GGK).

Sementara itu, Khairul Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada pihak ATM atas latihan kerjasama berkenaan.

“Kita di Maritim Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ATM, terutamanya kepada Regimen 22 Komando, Kem Iskandar Mersing dalam menjalankan latihan yang dianjurkan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!