Khairy beri bayangan bakal tanding kerusi tidak selamat

Khairy Jamaluddin (kiri) menyantuni penuntut universiti pada Program Agihan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Seremban pada Jumaat. - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin (kiri) menyantuni penuntut universiti pada Program Agihan Peranti Siswa Keluarga Malaysia di Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Seremban pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah hampir mengenal pasti kerusi yang bakal ditandinginya pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci berhubung kerusi yang dimaksudkan berikutan ia belum dimuktamadkan lagi oleh pucuk pimpinan BN.

"Tetapi hampir pasti kawasan itu bukanlah kerusi selamat dan kini dipegang oleh parti lawan, kita nak kena cuba menang balik.

"Nothing is final. Kita tunggu insya-ALLAH, kita semua kena main peranan untuk parti. Kalau semua pergi ke kawasan selamat dan kita tak akan dapat membawa agenda kita secara luas. Jadi kena ada juga yang sanggup pergi ke kerusi yang mungkin sebelum ini kita tidak menang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas selesai merasmikan Program Agihan Perantisiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Seremban pada Jumaat.

Ditanya sama ada kerusi terbabit dalam Negeri Sembilan, Khairy yang juga penyandang kerusi Parlimen Rembau enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada orang ramai untuk terus membuat andaian.

"Ada yang sebelum itu (kerusi) menang, ada yang sebelum itu tidak pernah menang pada PRU terdahulu," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Khairy menyatakan keterbukaannya menyerahkan kerusi Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassn atau Tok Mat semasa ucapan penggulungannya pada Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau.

Artikel Berkaitan:

Mohamad memaklumkan Khairy akan diberikan kerusi yang sesuai pada PRU15 ini berikutan Khairy merupakan pemimpin muda yang berkaliber dan baik untuk negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!