Kejutan Crutchlow catat masa terpantas
PELUMBA WithU Yamaha RNF MotoGP Team, Cal Crutchlow melakar kejutan apabila mencatat masa terpantas 2 minit 05.7100 saat (s) pada sesi latihan kedua Petronas Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat.
Pada sesi yang berlangsung selepas hujan itu, Crutchlow mengatasi pendahulu kejuaraan dunia, Francesco Bagnaia dari Ducati yang membuat catatan sepusingan terpantas 2:06.6100s.
Pelumba LCR Honda Castrol, Alex Marquez pula mencatatkan masa ketiga terpantas 2:06.8960s.
Juara bertahan dari Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo menduduki tempat kesembilan selepas melakukan catatan 2:09.7530s.
Terdahulu pada sesi latihan bebas pertama, pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder mencatatkan masa terpantas 1:59.4790s mengatasi Alex Rins (Team Suzuki Ecstar) yang hanya ketinggalan 0.097s di tempat kedua.
Quartararo pula mencatat masa ketujuh terpantas selepas melakukan catatan 2:00.5430s.
Bagnaia yang memburu gelaran juara dunia buat kali pertama pula meraih masa ke-11 terpantas selepas merekodkan masa 2:00.7700s.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!