House Of Creators 2022 havoc habis!
A
A
A
Program julung-julung kali diadakan ini mengumpulkan lebih 200 influencer atau pempengaruh kelahiran TikTok di bawah satu bumbung.
Pengalaman hadir ke program berkenaan membuatkan penulis begitu teruja setiap kali berselisih bahu dengan influencer yang berjaya mencipta nama dan kerjaya selain memiliki ramai pengikut di TikTok.
Selebriti masakan, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman ketika ditemui berkata, untuk menjadi content creator berjaya, seseorang itu perlu sentiasa datang dengan idea baharu.
“Cabaran menjadi content creator adalah kena sentiasa come out dengan idea baharu dari semasa ke semasa mengikut trend terkini,” ujar beliau.
Sementara itu, infleuncer terkenal dengan gelaran auntie purple atau Noor Suhaili Mohamed Amin berkata, sangat penting kepada pempengaruh mempunyai ‘disiplin’ terhadap trend.
“Auntie sentiasa sediakan content lebih awal sekurang-kurangnya tiga video sehari dan seterusnya sentiasa plan untuk content seterusnya.
“Auntie sentiasa mendahulukan content yang trending di TikTok dan ketepikan video yang dah dijadualkan supaya tidak ketinggalan,” katanya.
Antara tiktokers lain yang hadir adalah @nelysa_norazlan, @sallywhoo, @akaktapauu &@abangtapau, @syedow_asmr dan ramai lagi.
Selain havoc dengan pelbagai permainan dan aktiviti menarik, House Of Creators turut dimeriahkan dengan artis undangan seperti Dolla, Bunga, Amsyar Lee dan ramai lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!