Son Huat-Shevon sambar slot separuh akhir Terbuka Denmark
PEMAIN beregu campuran negara, Goh Son Huat-Shevon Lai mengesahkan slot separuh akhir Terbuka Denmark selepas menjinakkan pasangan dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam perlawanan suku akhir di Jyske Bank Arena, Odense pada Jumaat.
Pada perlawanan set pertama Soon Huat-Shevon dipaksa bekerja keras untuk menjinakkan pilihan kedua kejohanan itu 21-18.
Bagaimanapun pada set kedua Yuta-Arisa berstatus nombor dua dunia kembali garang, namun gagal mengekalkan tahap konsistensi apabila tewas 14-21.
Di separuh akhir, Soon Huat-Shevon bakal berdepan pasangan nombor tiga dunia dari China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong, yang sebelum itu menewaskan beregu dari Perancis, Tom Gicquel dan Delphine Delrue, 22-20, 21-13
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!