Selangor peruntuk RM5 juta persediaan hadapi banjir

Banjir pada 18 Disember tahun lalu adalah banjir terburuk melanda Selangor. - Gambar hiasan
Banjir pada 18 Disember tahun lalu adalah banjir terburuk melanda Selangor. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM5 juta bagi mengukuhkan kesiapsiagaan kemungkinan banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, wang itu akan digunakan membeli alatan komunikasi seperti telefon satelit untuk kegunaan ketika bekalan elektrik terputus.

Menurutnya, setakat ini kerajaan negeri telah mempersiapkan jentera selain mengadakan latihan simulasi serta pemantauan berterusan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Selain itu, 796 pusat pemindahan sementara (PPS) diwarta boleh menampung 151,000 mangsa banjir.

"Sebanyak 164 bot, lori dan pacuan empat roda turut ditempatkan di semua daerah," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Sabtu.

Beliau berkata, pengalaman lalu menjadi panduan penambahbaikan dengan menggandakan persiapan dan jentera serta mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) bencana.

Selain itu katanya, semua agensi telah diberi arahan untuk sentiasa peka dan bersiap sedia setiap masa.

Pada 18 Disember tahun lalu, tragedi banjir melanda Selangor telah mengorbankan 24 nyawa membabitkan 17 lelaki dan lapan wanita.

Artikel Berkaitan:

Banjir terburuk itu susulan taburan hujan luar jangka dengan kawasan terjejas teruk adalah Taman Sri Muda, Shah Alam, Sungai Lui dan Taman Sri Nanding.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!