Biden beri bayangan bertanding lagi pada 2024

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata masih ada masa untuk memutuskan sama ada akan bertanding bagi penggal kedua pada 2024 atau sebaliknya, lapor Sputnik.

"Saya belum membuat keputusan rasmi tetapi mempunyai hasrat untuk bertanding semula dan masih ada masa untuk membuat keputusan," kata Biden dalam wawancara yang disiarkan MSNBC pada Jumaat.

Biden yang bakal mencecah usia 80 tahun bulan depan berkata, isterinya turut menyokong hasratnya untuk bertanding.

NBC pada bulan lalu melaporkan Biden dikatakan sudah pun menyusun strategi untuk menjalankan kempen pemilihan semulanya yang dipercayai bakal mencontohi kempen Bill Clinton pada 1996 sebagai usahanya bagi memenangi pemilihan 2024.

Dua presiden dari Demokrat, Clinton dan Barack Obama, kedua-duanya berjaya dipilih semula untuk penggal kedua. Tiada presiden dari Demokrat gagal mempertahankan jawatan untuk penggal kedua, selama lebih 40 tahun sejak Presiden Jimmy Carter pada 1980. - Bernama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!