PRU15 bukan lagi masa bereksperimen: Ahmad Zahid

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan lagi masa bereksperimen seperti mana yang dilakukan sebilangan rakyat pada pilihan raya yang lalu.

Beliau mendakwa, mengambil contoh implikasi pada masa lalu, rakyat tidak sepatutnya mengulangi kesilapan yang sama dengan mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana ia boleh memberikan kesan yang buruk.

“Kemerosotan ekonomi, kewangan negara kucar-kacir, ketidakstabilan politik, keharmonian hidup masyarakat terganggu, kebajikan rakyat dikurangkan.

“Aset-aset strategik negara dilelong sewenang-wenang, projek-projek untuk rakyat difaraid oleh kroni, banyak perniagaan terpaksa gulung tikar.

“Natijah tersilap memilih kerajaan seperti yang berlaku pada 9 Mei 2018 adalah amat buruk. PRU15 bukan lagi masa untuk Malaysia bereksperimen,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebelum ini yang mengajak rakyat untuk kembali memberi peluang kepada PH dalam mandat pentadbiran negara.

Ujar beliau, sekiranya PH masih gagal memberikan yang terbaik, gabungan itu bersedia untuk ‘ditendang’ rakyat kembali.

Sementara itu, Ahmad Zahid mengulas, beliau yakin pada PRU15 nanti rakyat akan lebih rasional dengan mengundi mana-mana pihak yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran.

Artikel Berkaitan:

“Insya-ALLAH kita yakin rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan pujukan dan propaganda PH yang bertujuan memanipulasi daya fikiran rakyat ini.

“Lebih baik kita 'tendang' mereka (PH) lebih awal supaya mereka tidak merosakkan negara dan kesejahteraan keharmonian hidup masyarakat sekali lagi,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!