Deschamps tak gusar prestasi buruk Perancis

Deschamps
Deschamps
A
A
A

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps mengakui dia tidak risau dengan keputusan buruk yang diraih pasukannya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut Deschamps, dia menganggap ia satu perkara yang normal sambil percaya pasukannya masih mampu lagi untuk mengancam pasukan-pasukan terbaik di dunia.

“Kami adalah juara bertahan Piala Dunia. Apabila anda berada di puncak, sukar untuk melakukannya dengan lebih baik.

“Ia normal kepada pasukan yang sedikit kemerosotan prestasi tetapi Perancis tetap mampu mengancam mana-mana pasukan Eropah atau dunia,”katanya.

Untuk rekod, skuad Deschamps kini menduduki tangga ketiga Liga A Kumpulan 1 dalam saingan Liga Negara-Negara selepas tewas kepada Denmark dan Croatia serta seri dengan Austria.

Dalam pada itu ketika mengulas berkenaan lawannya dalam pasukan D, Deschamps mengakui beberapa mampu mencipta kejutan antaranya Denmark.

“Mereka pasukan sangat kuat tetapi kurang diawasi. Merka mempunyai kualiti individu dan kuat sebagai satu unit.

“Prestasi mereka pada Euro terakhir dan ranking dunia menunjukkan Denmark tidak boleh dipandang mudah,”katanyaa.a

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!