BesutMaju sasar lebih ramai keahlian

Mohd Nawawi dan Nawi (tengah) bergambar kenangan bersama kepimpinan serta ahli BesutMaju pada Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju Kali ke-6/2022 di Pusat Aktiviti Warga Emas, di sini pada Sabtu.
Mohd Nawawi dan Nawi (tengah) bergambar kenangan bersama kepimpinan serta ahli BesutMaju pada Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju Kali ke-6/2022 di Pusat Aktiviti Warga Emas, di sini pada Sabtu.
A
A
A

BESUT – Pertubuhan BesutMaju mahu lebih ramai warga daerah Besut dari pelbagai bidang sama ada ekonomi, sosial mahupun pentadbiran menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu bagi menyumbang idea demi pembangunan daerah ini.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nawawi Ismail berkata, sejak ditubuhkan enam tahun lalu, BesutMaju sudah merekodkan lebih 600 keahlian terdiri daripada anak jati Besut, pasangan atau mereka yang pernah menetap di sini.

Menurutnya, keahlian BesutMaju diberi tumpuan kepada tiga golongan iaitu mereka yang mempunyai kemahiran tertentu, pegawai tinggi kerajaan yang merupakan ikon dan ‘role model’ serta proletariat sebagai penerima manfaat.

“Kita mencari ahli mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang boleh menyumbang kepada matlamat BesutMaju namun dalam masa sama kita mahu golongan seperti petani, nelayan turut serta bersama dengan kami.

“Ini supaya mereka boleh diberikan bimbingan, tunjuk ajar dan dibakar semangat untuk mencapai kejayaan oleh ahli yang sudah menempa kejayaan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju Kali ke-6/2022 di Pusat Aktiviti Warga Emas, di sini pada Sabtu.

Muhammad Nasir (empat, kiri) bersama Nawi (tengah) selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju Kali ke-6/2022 di Pusat Aktiviti Warga Emas, di sini pada Sabtu.
Muhammad Nasir (empat, kiri) bersama Nawi (tengah) selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju Kali ke-6/2022 di Pusat Aktiviti Warga Emas, di sini pada Sabtu.

Majlis yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad itu turut dihadiri Penaung BesutMaju, Datuk Mohamad Fasri Samsuddin dan ADUN Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Hadir sama Naib Pengerusi BesutMaju yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nawawi berkata, BesutMaju mempunyai beberapa kluster iaitu ekonomi, pendidikan, pertanian, pelancongan, infrastruktur dan keselamatan awam sebagai nadi penggerak kepada agenda utama pertubuhan.

Jelas beliau, sebagai pertubuhan yang menjadi badan pemikir kepada kepimpinan daerah mahupun pentadbiran kerajaan, pihaknya sudah berjaya mengukir pelbagai kejayaan antaranya adalah mengubah minda.

“Dari segi membina jati diri, kita telah berupaya mengubah sikap dan minda pelajar sebagai contoh, selama ini mereka fikir tidak pintar namun bagaimana kita cungkil bakat mereka supaya berusaha dan mereka berjaya.

“Bagi mereka yang sudah berjaya pula, selama ini mereka hanya duduk sendirian tanpa menyumbang jadi kita ingatkan bahawa kejayaan mereka sepatutnya dikongsi dengan orang lain melalui medium BesutMaju,” katanya.

Mohd Nawawi (dua, kanan) bersama Muhammad Nasir (tiga, kanan) dan Mohamad Fasri (kiri) sebelum Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju Kali ke-6/2022 dimulakan di Pusat Aktiviti Warga Emas, di sini pada Sabtu.