Mat Yo belum ada niat gantung but

Pemain JDT, Shahrul Saad (kiri) cuba mengawal bola dari dirampas pemain Melaka United, Norshahrul Idlan Talaha semasa aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat pada Sabtu. - Foto Bernama
Pemain JDT, Shahrul Saad (kiri) cuba mengawal bola dari dirampas pemain Melaka United, Norshahrul Idlan Talaha semasa aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN veteran kebangsaan, Nor Norshahrul Idlan Talaha masih belum memasang niat untuk menggantung but daripada skuad kebangsaan dalam masa terdekat.

Menurut pemain berusia 36 tahun itu, dia masih memiliki kemahuan tinggi untuk berada dalam skuad kebangsaan selain percaya mampu untuk menyumbang kudrat sekiranya dipilih bersama Harimau Malaya.

Bagaimanapun, Nor Shahrul Idlan atau lebih dikenali sebagai Mat Yo mengakui masalah untuk mendapat minit permainan susulan masalah yang dihadapi Melaka United sedikit sebanyak memberi kesan kepada peluang buat dirinya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan.

“Saya masih mahu bersama skuad kebangsaan sekiranya mendapat panggilan. Ini kerana kalau diberi peluang saya akan pergi kerana percaya boleh bantu pasukan kebangsaan.

“Apapun perkara itu semua saya serahkan kepada jurulatih untuk buat keputusan. Seperti kita tahu sekarang ini dengan masalah Melaka United jadi agak susah untuk saya tunjuk prestasi yang sebenar,” katanya ketika ditemui media pada Sabtu.

Untuk rekod, Mat Yo yang mewakili Malaysia sejak 2007 telah mengumpul sebanyak 81 kaps selain berjaya menyumbat 14 gol sepanjang kariernya bersama pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu Mat Yo, ketika ditanya berkenaan cadangan untuk meminjamkan pemain kelab itu ke pasukan yang akan bertanding di Piala Malaysia 2022, dia nyata bersetuju dengan saranan tersebut.

“Kalau MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) membenarkan cadangan itu, bagi saya ia satu perkara yang baik kerana secara tidak langsung bagi peluang untuk pemain Melaka beraksi di pentas tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya ia cadangan yang baik buat pemain tetapi untuk kelab tak tahu. Jadi harap kelab dapat buat tindakan yang betul,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!