'Akan tiba masanya, durian jadi tempoyak' - Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
A
A
A

SHAH ALAM - Kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menyamakan gabungan itu sebagai ‘durian yang tajam durinya’ manakala Pas pula seperti ‘timun’ dilihat bukanlah suatu masalah.

Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, durian pada suatu masa akan bertukar kepada tempoyak yang bakal menjadi hidangan.

“Biarlah kamu durian, kami timun tak apa. Kita sabar dan biarkan. Biar durian itu masak, luruh dan jatuh. Biarkan jadi tempoyak. Lepas jadi tempoyak, cicah dalam budu.

“Ambil timun tenyeh di atas tempoyak dalam budu. Akan tiba masanya,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook pada Sabtu.

Ahmad Zahid terdahulu menzahirkan kekesalan selepas Abdul Hadi melabelkan kerjasama dua parti berkenaan pada suatu ketika seperti ‘durian mentah’ susulan parti tersebut memuktamadkan untuk tidak lagi bekerjasama dengan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Ulasnya, menyamakan kerjasama itu dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau mana-mana haiwan amatlah tidak wajar.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yakin akan ada parti lain yang sedia untuk bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!