PH hadapi PRU15 tanpa Dr Mahathir: Saifuddin
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tanpa penglibatan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi hantaran di laman Twitter pada Sabtu.
“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Tetapi PH akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.
“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding, kami ucap selamat maju jaya,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk bertemu dengan Dr Mahathir bagi membincangkan kerjasama sempena PRU15.
Namun menurut beliau, gabungan tersebut mesti menjelaskan dahulu apakah prinsip yang akan dibawa demi masa hadapan negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!