Langkah Soon Huat-Shevon terkandas di separuh akhir
BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai gagal menempah tiket final Terbuka Denmark 2022 selepas tumbang di tangan lawan dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam saingan separuh akhir di Odense sebentar tadi.
Tampil selaku gandingan ke-13 dunia, Soon Huat-Shevon nyata bukan tandingan beregu ketiga dunia itu apabila tewas dalam pertarungan straight set 16-21, 22-24.
Untuk rekod, Soon Huat-Shevon masih belum pernah meraih kemenangan ke atas Si Wei-Ya Qiong sejak tahun 2018 dengan kali terakhir mereka tewas 10-21, 14-21 dalam aksi suku akhir Masters Malaysia pada Julai lalu.
Menanti Si Wei-Ya Qiong di pentas final adalah rakan senegara mereka, Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping yang mara selepas menundukkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 21-9, 24-22.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!