Pengalaman pisahkan Aaron-Wooi Yik, Marcus-Kevin

Aaron-Wooi Yik - Foto Badminton Photo
Aaron-Wooi Yik - Foto Badminton Photo
A
A
A

HASRAT juara dunia yang juga beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila disekat gandingan dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo pada Sabtu.

Dalam perlawanan separuh akhir di Jyske Bank Arena itu, beregu negara yang berstatus nombor empat dunia akur pengalaman dimiliki lawan berkedudukan nombor dua ranking dunia tersebut.

Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang menewaskan rakan senegara Leo Rolly Carnando-Daniel Martin, 15-21, 22-20, 22-20, tampil agresif untuk memenangi perlawanan set pertama 21-17.

Set kedua Aaron-Wooi Yik juga mara separuh akhir selepas menyingkirkan cabaran Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, 21-16, 21-19, kembali menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set ketiga, kedua-dua pasangan saling berkejar mata dalam permainan sengit yang akhirnya berpihak kepada gandingn Marcus-Kevin dengan kemenangan 21-17 dalam masa 51 minit.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!