Cabaran Yew Sin-Ee Yi terhenti separuh akhir

Yew Sin-Ee Yi - Foto Badminton Photo
Yew Sin-Ee Yi - Foto Badminton Photo
A
A
A

CABARAN pemain beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di Terbuka Denmark terhenti di separuh akhir selepas dijinakkan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam perlawanan di Jyske Bank Arena pada Sabtu.

Ternyata kudrat ketika menewaskan beregu nombor dua dunia dari Taiwan, Lee Yang-Lu Chen dalam perlawanan tiga set sebelum ini memberi kesan kepada permainan Yew Sin-Ee Yi.

Yew Sin-Ee Yi mara separuh akhir selepas menewaskan Lee Yang-Lu Chen 18-21, 21-19, 21-13 dalam masa 63 minit di suku akhir.

Pada perlawanan set pertama Fajar-Muhammad Rian yang berstatus nombor enam dunia yang menguasai permainan menang 21-16 ke atas lawan berkedudukan nombor sembilan ranking dunia.

Bagaimanapun di set kedua Yew Sin-Ee Yi tampil lebih garang kembali menyaingi Fajar-Muhammad Rian, sebelum tewas 22-20 dalam perlawanan sengit dalam tempoh 45 minit.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!