[VIDEO] PRU15: Calon bebas pertama tawar diri bertanding di Kelantan

Mohamad Redzuan atau Abe Wea (tengah) yang aktif sebagai NGO menjadi individu pertama yang menawarkan diri untuk bertanding secara bebas di Kelantan pada PRU15.
Mohamad Redzuan atau Abe Wea (tengah) yang aktif sebagai NGO menjadi individu pertama yang menawarkan diri untuk bertanding secara bebas di Kelantan pada PRU15.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengasas badan bukan kerajaan (NGO), Mohamad Redzuan Razali menjadi individu pertama yang menawarkan diri untuk bertanding secara bebas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Abe Wea menawarkan diri untuk merebut kerusi Parlimen Pengkalan Chepa.

"Saya bukan niat untuk bertanding tapi tujuan utama menjadi 'perisai' kepada rakyat.

"Bagi merealisasikan hasrat itu saya perlu mendapatkan mandat sebab itulah keputusan menawarkan diri dibuat," katanya semasa sidang akhbar mengumumkan dirinya sebagai calon Bebas Parlimen Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Khidmat Rakyat (PPKKR) memberitahu mahu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan berharap rakyat dapat memberikan sokongan kepada beliau.

Menurut Abe Wea, Pengkalan Chepa mempunyai potensi boleh dimajukan sekali gus memberikan lebih banyak limpahan manfaat kepada penduduk.

"Walaupun bertanding bebas saya akan berusaha keras bagi memastikan penduduk memilih dirinya," katanya.

Pada PRU14 lalu kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dimenangi oleh calon dari Pas iaitu Datuk Ahmad Marzuk Shaary dengan meraih majoriti sebanyak 13,232 undi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!