JKN Pahang kutip kompaun RM1.8 juta kesalahan merokok

Pegawai JKN Pahang mengeluarkan notis kompaun kepada seorang individu yang didapati ingkar larangan merokok di kedai makan ketika operasi penguatkuasaan diadakan selama dua hari yang berakhir pada Sabtu.
Pegawai JKN Pahang mengeluarkan notis kompaun kepada seorang individu yang didapati ingkar larangan merokok di kedai makan ketika operasi penguatkuasaan diadakan selama dua hari yang berakhir pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak RM1.8 juta dikutip Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang atas kesalahan merokok menerusi operasi penguatkuasaan larangan merokok sejak 10 bulan lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, sebanyak 7,645 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Januari hingga 22 Oktober lalu.

"Kes paling tinggi dikesan membabitkan kesalahan merokok di kompleks beli-belah dan tempat atau kedai makan.

"Kesemua kompaun yang dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu, beliau menjelaskan JKN Pahang telah mengadakan operasi penguatkuasaan larangan merokok selama dua hari berakhir pada Sabtu.

Ujarnya, operasi dilakukan serentak di semua daerah di Pahang membabitkan 78 pegawai inspektorat JKN Pahang di 372 lokasi.

"Sepanjang dua hari, kita telah mengeluarkan 229 notis kompaun berjumlah RM53,850.

"Kita juga mengesan 27 orang belum dewasa atau belum cukup umur merokok, menghisap vape dan memiliki hasil tembakau ketika operasi dilaksanakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memaklumkan masih ramai yang ingkar dengan perintah larangan merokok ditetapkan kerajaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!