Kejuaraan buat Abdulmanap, Khabib: Islam Makhachev

Islam muncul juara baharu selepas menjinakkan lawan juara dari Brazil, Charles Oliveira menerusi submission pusingan kedua di UFC 280, Etihad Arena.
Islam muncul juara baharu selepas menjinakkan lawan juara dari Brazil, Charles Oliveira menerusi submission pusingan kedua di UFC 280, Etihad Arena.
A
A
A

JUARA baharu lightweight UFC 280, Islam Makhachev mendedikasikan kejuaraan dimenangi kepada jurulatih, Abdulmanap Nurmagomedov yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 2020.

Abdulmanap yang merupakan ayah kepada jurulatih dan rakan pelatihnya, Khabib Nurmagomedov adalah individu bertanggungjawab membentuk karakter petarung itu di arena sukan tempur berkenaan.

Dia juga sebelum ini sentiasa membayangkan Khabib akan bersara berstatus juara dan kemudian kesinambungan itu diteruskan Islam.

“Saya cuma nak cakap kepada semua bahawa tali pinggang kejuaraan ini adalah untuk jurulatih Abdulmanap...

"Beberapa tahun sebelum ini dia memberitahu saya untuk berlatih bersungguh-sungguh kerana saya akan menjadi juara...

"Saya juga ingin menghadiahkan kejuaraan ini buat Khabib yang membentuk saya selama ini,” kata Islam.

Islam muncul juara baharu selepas menjinakkan lawan juara dari Brazil, Charles Oliveira menerusi submission pusingan kedua di UFC 280, Etihad Arena.

Islam menumbangkan lawannya yang berusia 33 tahun itu dengan tumbukan tangan kanan dan terus mengunci Do Bronx yang kemudian terpaksa terpaksa menyerah kalah.

Artikel Berkaitan:

Islam meraikan kejuaraan bersama pasukannya. - Foto Agensi
Islam meraikan kejuaraan bersama pasukannya. - Foto Agensi

Kemenangan petarung berusia 31 tahun itu sekali gus menyaksikan kejuaraan tersebut kembali ke bumi Dagestan, daerah asal Islam dan Khabib.

Untuk rekod, Islam mempunyai catatan 22-1, manakala Khabib yang menjadi jurulatih Islam setelah bersara pada Oktober 2020.memiliki rekod 29-0.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!