Saran pemandu khas untuk guru

Juwairiya (kanan) menyampaikan sijil kepada guru pada Majlis Penutupan Projek Perintis School Heroes di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vageesar Kuala Selangor.
Juwairiya (kanan) menyampaikan sijil kepada guru pada Majlis Penutupan Projek Perintis School Heroes di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vageesar Kuala Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kementerian Pendidikan disaran perlu mewujudkan pemandu khas untuk guru yang terlibat dalam aktiviti luar sekolah bagi memudahkan urusan mereka.

ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengusulkan cadangan itu memandangkan kebanyakan program luar itu membabitkan pihak kementerian atau jabatan pendidikan negeri.

“Kementerian perlu melihat perkara ini lebih serius terhadap kebajikan guru dan pelajar, mungkin perlu menyediakan kenderaan jabatan untuk hantar ke lokasi program, pertandingan atau kejohanan.

“Mungkin juga perlu ada insurans bagi mereka yang bergerak keluar kawasan sekolah dan bertugas di luar kawasan sekolah,” katanya ketika diminta mengulas insiden maut yang mengorbankan tiga pelajar baru-baru ini.

Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, Felda Lok Heng itu maut di tempat kejadian manakala guru pengiring cedera pada kejadian Rabu lalu.

Juwairiya yang juga Ketua PKR Cabang Kuala Selangor itu tidak menafikan ada banyak faktor yang menyumbang berlaku kepada kemalangan itu namun semua pihak perlu mengambil iktibar.

“Kalau boleh, individu yang memandu itu tidak terbabit dengan program dan bertugas sebagai pemandu saja sebab kita faham, guru ni pun penat mengendalikan program,” katanya pada Majlis Penutupan Projek Perintis School Heroes di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vageesar Kuala Selangor.

Katanya, pihaknya menaja dua sekolah di DUN Bukit Melawati sebagai perintis kepada projek Kelas Bahasa Inggeris yang dikelolakan School Heroes, yang diterajui Lin Dee dan pasukannya.

Artikel Berkaitan:

“Dua sekolah tersebut adalah Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor dan SJKT Vageesar yang melibatkan murid darjah 4 dan 5 serta guru Bahasa Inggeris.

“Program ini diadakan dalam tempoh tiga bulan bagi setiap sekolah dengan pendekatan yang lebih kreatif dan menarik di luar bilik darjah untuk menggalakkan minat bertutur dalam Bahasa Inggeris serta mengembangkan penguasaan bahasa itu dalam kalangan murid sekolah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!