Polis berjaya kawal cubaan rempuhan

Kesesakan di Bangunan Sultan Ibrahim akibat pertamahan pengembara yang mahu memasuki negara ini sempena cuti hujung minggu dan perayaan. - Foto Polis Johor
Kesesakan di Bangunan Sultan Ibrahim akibat pertamahan pengembara yang mahu memasuki negara ini sempena cuti hujung minggu dan perayaan. - Foto Polis Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis berjaya mengawal cubaan rempuhan oleh orang ramai (pengembara) di Bangunan Sultan Iskandar, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, insiden (rempuhan) terbabit dipercayai berlaku akibat pertambahan pengembara yang mahu memasuki negara ini sempena cuti hujung minggu dan cuti perayaan.

Katanya, Bangunan Sultan Iskandar sesak apabila dianggarkan sekitar 5,000 pengembara berada di laluan pejalan kaki masuk ke Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar.

“Berlaku kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar sekitar jam 10 malam pada Jumaat, ia dipercayai berlaku akibat pertambahan pengembara masuk ke negara ini dengan menaiki bas dan keadaan itu berlarutan hampir dua jam di kaunter cop pasport pihak imigresen hingga ke laluan masuk bas ke Malaysia.

“Beberapa pengembara cuba merempuh ketika kawalan dibuat oleh pihak polis bantuan bagi mengehadkan jumlah mereka (pengembara) di lokasi cop pasport.

Beberapa pengembara cuba merempuh ketika kawalan dibuat oleh pihak polis bantuan bagi mengehadkan jumlah di lokasi cop pasport.
Beberapa pengembara cuba merempuh ketika kawalan dibuat oleh pihak polis bantuan bagi mengehadkan jumlah di lokasi cop pasport.

“Hasil pemantauan dan kawalan anggota bertugas dari Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar, anggota polis bantuan dan pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), insiden kesesakan berkenaan akhirnya berjaya dikawal kira-kira setengah jam selepas itu,” kataya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

“Keadaan di Bangunan Sultan Iskandar terutamanya di laluan pejalan kaki masuk ke negara ini akhirnya kembali terkawal sekitar 10.30 malam,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!