Dr Jeyakumar calon terbaik PH di Sungai Siput: PSM

Arutchelvan ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR pada Ahad.
Arutchelvan ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Parti Sosialis Malaysia (PSM) meminta agar Pakatan Harapan (PH) memberi laluan kepada Pengerusinya, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bertanding mewakili gabungan itu di kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan dalam pertemuan antara Jawatankuasa Rundingan PH dan parti itu di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad.

Beliau berkata, Jeyakumar dilihat sebagai calon terbaik untuk PH mengekalkan kerusi itu dengan mengambil kita kedudukannya sebagai bekas ahli Parlimen kawasan berkenaan.

Justeru katanya, Majlis Presiden PH diminta supaya segera memuktamadkan keputusan itu bagi membolehkan gerak kerja dilakukan.

“Kita minta (kerusi Parlimen) Sungai Siput kerana kita rasa Dr Jeyakumar adalah calon boleh menang kerana kita difahamkan BN akan meletakkan Presiden MIC di kawasan itu.

“Jadi, saya rasa kita patut letak calon yang berkaliber dan Dr Jeyakumar adalah harapan (PH). Bukan sahaja bagi harapan kepada rakyat tetapi juga seluruh negara kerana beliau sudah ada nama,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai rundingan berkenaan.

Tambahnya, pemimpin 'top 4' dalam Majlis Presiden PH perlu segera membuat keputusan memandangkan masa yang ada begitu suntuk ketika ini.

Sementara itu, ditanya adakah PSM hanya mahukan kerusi Parlimen Sungai Siput untuk ditandingi pada PRU15 ini, Arutchelvan berkata, ada beberapa kerusi lain juga yang sedang dipertimbangkan

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, Parlimen Sungai Siput adalah menjadi keutamaan mereka ketika ini.

“Kami tidak minta banyak kerusi tetapi kita minta sesuatu yang mudah. Jadi, kita harap 'top 4' Majlis Presiden PH putuskan segera dan kita harapkan yang terbaik,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!